Monday, 13 October 2014

Nak Tau Cerita Tak Kawan- Kawan..............

SONGKOK PALING ATAS...

  Setelah membuat beberapa kajian tentang Pak Hussein, rupa nya membuat songkok adalah hobi beliau. Pada awalnya beliau hanyalah cuba- cuba sahaja pada tahun 2000 sebab beliau ingin memakai dengan kualiti hasil tangan sendiri, tetapi lama kelamaan dari perkara cuba- cuba menjadi sebuah hobi sehinggalah menjadi rutin harian disamping menjadi sumber pendapatan hidup dalam menyara keluarga pada tahun 2005 atas alasan apabila kawan- kawan melihat kekemasan, kualiti kemudian beliau mendapat tempahan.


Nak tahu....

SONGKOK PALING ATAS...

syarikat beliau adalah PALING ATAS ENTERPRISE, ini kerana beliau membuat songkok yang tinggi disamping memudahkan pelanggan untuk mengingati bahawa songkok berada diatas kepala..




Kebiasaannye songkok selalu kita tengok dipakai pada hari raya saja...famous sangat...kebanyakkannye kaum melayu islam, tetapi ade juga dipakai oleh kaum bukan beragama islam semasa istiadat pertabalan darjat kepada seseorang...





Beberapa minggu yang adalah saya terintai- intai dan cari gambar mengenai songkok di pelbagai negara. Kadang kala sering kita kenali rekaan songkok hanyalah rekaan kosong dan bewarna hitam, akan tetapi terdapat beberapa songkok menggabungkan pelbagai jenis fabrik seperti contoh batik, seni tekat dan lain- lain.







Songkok???????
La songkok pun tidak tahu???? ish ish ish...
Maksud Songkok:

           Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu.


Juga dikenali sebagai :-


Indonesia = peci.

Mesir = ketayap
Magribi = tarbus
Afrika Selatan = serban
Arab & Badawi = kufiya